Wednesday, August 15, 2007

PANDUAN MEMBELI KOMPUTER

  1. Sebelum membeli komputer anda perlu "menyiasat" ciri-ciri yang diperlukan: RAM (random-access memory), kelajuan pemproses, keupayaan grafik, ruang cakera keras dan sebagainya. Sebagai permulaan, lihat beberapa maklumat berikut.
  2. Pilih kedai yang khusus, kedai barangan elektronik, rangkaian jualan, pembina komputer tempatan, tempahan melalui pos atau pengusaha internet, berdasarkan perkakasan dan khidmat yang anda perlukan.
  3. Beli hanya apabila anda benar-benar perlu. Tidak kira berapa lama anda menunggu untuk mendapatkan tawaran harga yang terbaik, dengan ciri-ciri yang sama, harganya akan susut dalam jangkamasa enam bulan.
  4. Buat keputusan ciri-ciri yang anda perlukan berdasarkan apa yang akan anda buat dengan komputer itu nanti. Sebagai contoh, jika anda merancang menggunakannya untuk mereka grafik, bunyi dan video, anda memerlukan lebih banyak RAM. Jika anda memerlukannya untuk membuat banyak kerja-kerja yang "computational" (contohnya; mencari melalui pangkalan data yang besar atau menonton video), anda akan memerlukan pemproses yang berkuasa hebat.
  5. Buat keputusan jenis komputer yang anda perlukan, samada anda memerlukan komputer riba (laptop), yang boleh dibawa ke mana-mana, atau komputer meja.
  6. Pilih jenama komputer berdasarkan kualiti, harga dan khidmat bantuan teknikal yang ditawarkan.
  7. Berdasarkan keperluan yang anda suka dan tetapkan, anggarkan konfigurasi utama yang anda perlukan, termasuklah pemproses (AMD atau Intel Celeron atau Intel Pentium III/IV), kelajuan (900Mhz atau 1.0 GHz atau lebih), jumlah RAM (64MB atau 128MB atau lebih) dan saiz pemacu keras (10 GB atau lebih), dan monitor (15" atau 17" - CRT atau panel rata) .
    Tentukan pemacu tambahan yang anda perlukan: pemacu CD-ROM, DVD-ROM, perakam CD-RW, Zip dan sebagainya.
  8. Pilih persisian dan perkakasan tambahan seperti modem, kad bunyi (sound card), kad video (video card) dan pembesar suara.
  9. Pastikan berapa banyak slot kad dalaman (internal card slots) tambahan dan ruang pemacu cakera yang anda perlukan bagi memberi lebih ruang untuk perluasan atau peningkatan keupayaan komputer anda pada masa akan datang.
  10. Tetapkan apakah perisian pra-pasang (pre-installed) yang anda mahu atau perlukan. Sekurang-kurangnya dapatkan sistem pengoperasian, seperti Windows, program anti-virus, dan program pemprosesan kata (word processing), spreadsheets dan pangkalan data.
  11. Pilih jangkamasa jaminan atau khidmat yang diliputi berdasarkan keperluan anda.


PERHATIAN!
Sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan terkini teknologi dengan membaca ulasan tentang produk-produk terbaru yang berada di pasaran di dalam majalah-majalah atau melalui internet.

  • Dapatkan maklumat tentang apakah perkakasan dan perisian yang termasuk dalam model yang anda inginkan dan jadikannya sebagai asas untuk membandingkan harga. Tanya "apa yang kurang?", jika harganya lebih rendah.
  • Fahamilah bahawa RAM adalah tempat sementara di mana komputer anda menyimpan data-data untuk diproses. Walaupun lebih banyak RAM lebih baik, anda tidak perlu RAM yang banyak jika anda menghadkan penggunaan komputer hanya untuk membuat tugasan yang mudah (pemprosesan kata, memeriksa baki).
  • Permainan komputer memerlukan banyak RAM; grafik dan bunyi memerlukan lebih lagi.
    Pemproses masa kini biasanya cukup laju untuk semua, melainkan aplikasi yang memerlukan lebih kuasa, seperti streaming video.

Sumber :
http://www.teennet.com.my/art_92.html

No comments: